luar kotak fikiran kita

Penulis : faizahabdwahab Masa : 17:33 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum..

Lama dah tak update blog. Alhamdulillah hari ni ada kelapangan.kelas semua cancel so hari ni ambik peluang update blog kesayangan aku ni. Hari ni aku nak cerita pasal journey aku dalam study.

Dulu masa sekolah menengah kalau orang tanya aku nak ambik course apa lepas habis form 5 jawapan aku mestila medic.kenapa? ntah la mungkin terikut-ikut kawan ataupun terlalu angkuh dengan bidang Pure Science yang aku ambik masa sekolah.padahal performance aku dalam bidang science biasa-biasa je dan minat aku lebih ke bidang bahasa yang mana english subjek yang paling aku minat dan aku score.

Tapi sebabkan terlalu yakin dengan diri kononnya boleh score time SPM terus kan jugak cita-cita nak ambik medic tu.. Jangan angkuh,jangan sombong Allah tak suka.waktu form 5 aku diuji dengan sakit yang susah nak explain hanya aku,keluarga dan ALLAH yang tahu betapa aku seksa tahan semua tu. Kehadiran aku kesekolah merosot,performance aku dalam study merudum.

Ada hikmahnya..bukan senang orang nak percaya time tu aku betul-betul down Allah je tahu perasaan aku. Sampai kemuncaknya aku pernah cakap satu hari nanti orang yang anggap apa yang aku alami ni cuma permainan aku untuk tarik perhatian orang dia sendiri atau pun keluarga dia akan rasa apa yang aku dan keluarga rasa. ALLAH!!!!!!!

Cukup la cerita benda yang mendatangkan kesedihan aku..

Result SPM aku betul-betul jatuh.aku tahu keluarga aku kecewa tapi siapa aku..itu sahaja usaha termampu aku. Aku sambung form 6 dalam bidang Sastera dan aku ambik kelas yang ada subjek Sejarah sebab itu minat aku. Baru sebulan aku dalam form 6 aku dapat tawaran ke Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah,Pahang dalam bidang Syariah dan Undang-Undang.

Aku minat tapi bukan senang nak dapat restu kan..Mak aku sokong katanya

"Mak tak kisah kemana pun dia nak pergi janji belajar lagipun dalam keluarga tak ada yang masuk dalam bidang islam. Biarla ada wakilnya walaupun sorang yang mendalami bidang agama"

Tapi abah agak berat sikit-sikit tak payah la pergi masuk je form 6 tu.

Kakak,abang lagi tak sokong katanya form adalah yang terbaik.

Abangcik tak kisah mana-mana pun aku sambung asalkan belajar.

Dengan Istikarah aku 2 minggu berturut-turut aku bulatkan hati datang Pahang. Alhamdulillah kita jaga hak DIA, ALLAH jaga hak kita kan.. Aku jumpa kawan-kawan yang berbeza sikap dan sifatnya tetapi ikhlas dalam bersahabat.disini aku belajar jadi orang yang sabar,orang yang terima sikap orang lain sebab aku bukan sorang-sorang.alhamdulillah Allah temukan aku dengan kawan yang berukhuwah lillahi taala. Bersahabat tanpa syarat,ada setiap susah senang tangis tawa aku.subhanallah..

Aku pernah terfikir kalau la dulu Allah tak uji aku dengan sakit agak-agak jumpa ke aku dengan kawan-kawan yang macam ni? Jumpa ke aku dengan suasana yang mengamalkan cara islam sepenuhnya? Jumpa ke aku dengan pensyarah-pensyarah yang ikhlas mendidik tanpa syarat?ALLAHU
sungguh aku bersyukur nikmat ALLAH. Tak pernah terlintas difikiran aku akan berada disini,tak pernah tergambar aku akan merasa suasana seperti ini.terima kasih ALLAH.



Untuk sahabat-sahabat diluar sana yang kecewa tak dapat tawaran belajar ke,tak dapat apa yang kita mintak ke percaya lah Allah lagi tahu kemampuan kita dan Allah lagi tahu mana yang baik untuk kita. Kadang-kadang apa yang jadi diluar kotak fikiran kita tak mampu tercapai dengan akal kita,tapi Allah dah rancangkan untuk kita. Yakin dengan janji Allah,percaya setiap yang jadi ada hikamah yang tersembunyi dan JANJI ALLAH ITU PASTI