its make me cry badly

Penulis : faizahabdwahab Masa : 14:18 Comments : 0 Labels :
Assalamualaikum w.b.t

Lama tak update belog ni.hari ni aku rasa nak update kebetulan dekat dengan sambutan hari ibu ni kan.

Ehhhhhh kau jangan main-main paijahhhhh HARAM sambut hari ibu ni.

 "Setiap sesuatu bermula dengan niat" ok bro?. 

Tapi niat tak menghalalkan cara.

Yes tapi aku petik kata-kata Dr Masitah dalam Forum Perdana Ehwal Islam semalam tak salah kita nak sambut hari ibu. Iaitu dengan cara meraikan ibu kita, mengembirakan hati ibu kita. bukan selama ni tak sayang tapi sehari ni kita zahirkan rasa sayang kita, rasa cinta kita buat insan yang telah berkorban untuk kita.

Masa tengok forum perdana semalam mak aku menangis bila dengar cerita Ustaz Kazim Elias yang cakap mak dia duduk dalam bas tengah-tengah orang ramai semata-mata nak susukan adik dia yang menangis nak susu. Tanpa rasa malu dan segan tapi yang utama kemahuan anak dituruti. Aku ego tak menangis langsung konon macho la kan. 



lepas habis forum tu sembang-sembang dengan mak abah aku then abah aku keluar satu statement yang buat aku terduduk, terbaring dan banyak ter lagi la selain terbang.

abah : Sama macam kamu dulu la. Motor abah rosak sebelum sampai Alor Star nak pegi rumah pak lang. Duduk la tepi jalan tak ada telefon nak telefon orang, orang lalu lalang pun tengok je. Sampai la ada sorang cina ni datang tanya kenapa. dengan susah payah dia tolong tarik motor ke bengkel. kamu menangis nak susu time tu. Mak duduk atas motor sambil abah tolak dengan cina tu. Tak kira malu dah time tu terus je bagi kamu susu dengan susah payah tapi kesian kan anak dah meraung lapar. dengan tengah panasnya time tu.


me :errrrrr *dalam hati aku menangis bagai nak gila ok*

abah : Sebab tu bila besar jangan melawan mak, dengar cakap mak.


Ya Allah sedih sangat. aku baru tau cerita ni selama ni aku cuma tahu cerita yang masa kecil aku kena sakit sampai peha aku bengkak sangat-sangat then aku tak boleh putus susu kalau tak aku meraung macam apa je. Sampai mak tak boleh nak kemana-mana dan tak boleh buat apa-apa. makan entah kemana, tidur memang tak. ALLAH



Bila dah besar sikit pandai nak melawan konon nak freedom la sangat tak nak kena kongkong. Oh pehlisss la padahal poyo sangat time tu. Tak reti jaga hati mak, main redah ikut kepala sendiri je. Bila makin besar aku pun belajar rasa hormat dan rasa sayang tu buat aku tak nak lukakan hati mak. Tapi kadang-kadang mak ada juga terluka sebab aku. Ye aku khilaf. sungguh bumi tarbiyah itulah banyak merubah cara aku. Alhamdulillah terima kasih Allah. perancangan MU yang terbaik.

So pelisss hargai mak kita. bukan tunggu kita ada duit je. Selagi mak kita masih ada hargai mereka. Trust me bebeh. Setinggi mana pun kau dijulang penduduk dunia kalau mak kandung kau abaikan. Serius kau paling rendah dimata penduduk langit. Tak guna nampak hebat depan orang lain. Dapat anugerah itu ini tapi mak sendiri kau biarkan, Tak ambik tahu, Kebajikan dia kau endah tak endah percaya la kau orang yang paling rugi.

Terima kasih abah untuk contoh terbaik yang abah sembahkan pada kami anak-anak. Kesabaran abah, katabahan abah jaga ibu kandung abah walau pun penat. Moga Syurga buat abah. Terima kasih mak atas kasih sayang mak. Nasihat mak dan kesabaran mak. Kami adik beradik sayang mak sangattt!!!




Buat uncle chinesee tu terima kasih yang tak terhingga untuk pertolongan tu. Sampai hari ini anda dalam ingatan mak abah. moga hidup mu bahagia dan ada ganjaran buat Mu disana.