Engagement day

Penulis : Nurul Faizah Masa : 19:41 Comments : 0 Labels :

Assalamualaikum..

cerita dah basi dah tapi saja nak publish dekat blog.jadi kenangan untuk diri sendiri pun ok kan.

9 julai 2016 berubah status jadi tunangan orang.phewwww

*awkward*

mak cerita dan ajak sedara-sedara sejak bulan april rasanya.awal nau nau mak aku pun.masa tu reaksi majoriti semua macam ehhhhhh dah nak tunang dah.tak dengar apa pun.

aku macam alaaa jangan la buat macam aku ni tak laku.sebab aku tak show off boyfriend.tapi sejak bila plak ada istilah boyfriend girlfriend dengan en tunang?

no no no no tak ada ok.nanti la cerita pasal ni

now fokus.nurul faizah ni mmg suka melalut cerita lain.tunang aku ni orang bendera merah putih.indonesia?no no no.kelantan darul naim

so dia dengan family gerak dari kelantan pagi jumaat tu ke perak ada la dalam 4 buah kereta.duduk dekat homestay teluk intan.*tak ingat pula nama

pagi sabtu tu biasa la kenduri bertunang kan tetamu datang pagi sarapan.tengahari untuk family dengan rombongan je.pagi tu aku dengan comotnya sempat ber hu ha dengan sepupu lagi,sempat touch up pelamin lagi.confident ni nak make up sendiri.sediakan barang-barang make up,iron baju dgn tudung segala bagai.

pukul 10 kakak aku bising sebab aku tak mandi-mandi lagi tetamu datang kengkonon nak tengok pengantin tapi kesian dapat la tengok muka comot tak senonoh aku ni.setlle mandi,pakai baju sekali tengok muka dekat cermin......

tudiaaaaaa mata aku tak cukup tidur punya pasal.gigih la ambik eye mask yang memang aku letak dalam fridge mak.ok rehat-rehat sekali kawan-kawan bertuah terjah masuk bilik.sekali en tunang call cakap diaorang nak gerak dari homestay.aku dah macam apa cepat sangat ni orang mula majlis pukul 12.30 la.

tapi tak apa la bukan dekat pun dari pekan teluk intan tu kerumah aku.then ok nak mula make up ni sapu la base,foundation apa semua tu.sekali tiba-tiba aku shaking rasa gementar.haa sudah terus panggil kakak mintak make up kan.kakak si multitasking sister pun masuk.baru je sapu bedak kat muka aku dah kena panggil.dia orang kuat majlis okey.aku pun tunggu la macam orang tak betoi muka tak siap lagi.

once again dapat call dari en tunang cakap dah dekat aku cakap la aku tak siap lagi.hoiiiii aku punya shaking lain macam.dengan tak siap apa lagi.tiba-tiba muncul la my tinkerbell *tetiba
penyelamat aku.kawan aku dari sekolah rendah yang dah lama gila tak jumpa tiba-tiba jumpa balik terus jadi MUA aku.thanks iba.tapi seriously dia make up cantik ok.mak aku pun suka then ramai yang tanya sapa make up.

dia make up mata aku pun rasanya dekat setengah jam jugak la.sebab masa dia tengah touch up kakak sepupu aku masuk tegur jangan bising sebab orang tengah bincang.kelam kabut la aku pakai tudung,letak bunga atas kepala assist by multitasking sister.elok je aku pin tudung last tu masuk kakak sepupu panggil aku cakap nak sarung cincin dah.

keluar je feeling artis bila semua mata pandang aku.adoi malu.sampai aku tak sedar aku tarik kakak aku sekali pergi depan tu.sepatutnya tangan anak sedara aku je aku tarik.

Aku duduk je atas kerusi dekat pelamin tu adoiiiii straight dengan aku en tunang kat luar pintu.dalam hati apahal la dia ni duduk sini.jauh la sikit.malu tau.

mak dia datang sarung cincin then macam biasa la photoG ramai kann macam-macam la aksi kena buat kat situ.finally Alhamdulillah semua berjalan lancar.

soalan aku dekat en tunang bila dia sebelah aku.over ke make up aku?pandang dari mula tak habis-habis.jawapan dia tak apa aku simpan sorang

terima kasih family,family en tunang,kawan-kawan dan semua yang terlibat.en tunang terima kasih make it happen.u  gain my respect since 1st day u meets my family.

No comments: